Tuesday, May 18, 2010

Mari Survey Skuad Arsenal

Berpuas hati dengan skuad yang Arsenal miliki ?
Ya
Tidak
  
pollcode.com free polls




Arsenal memerlukan player berfizikal tinggi dan kuat dalam skuad ?
Ya
Tidak
  
pollcode.com free polls


Player yang berpengalaman dan berkualiti diperlukan ?
Ya
Tidak
  
pollcode.com free polls

Kurangnya kematangan dan pengalaman didalam skuad Arsenal ?
Ya
Tidak
  
pollcode.com free polls

Monday, May 10, 2010

Tempat ke-3 Dalam EPL



Ok....Baiklah nampaknya Arsenal sekali lagi berjaya kekal didalam top 4 season ni untuk tempat ke-3 secara keseluruhan setelah berjaya menewaskan Fulham 4-0 di Emirates. Walaupon banyak team2 EPL yang lain semakin kuat contohnya Man City,Spurs,Villa dan Everton yang memasang impian untuk memecah masuk kelompok top 4 tetapi Arsenal masih menunjukkan yang mereka masih lagi kuat untuk bersaing didalam mengekalkan status top 4.Apa yang menjadi kelebihan team2 ini adalah mereka mempunyai kebolehan untuk menewaskan Chealsea,Man U,Liverpool dan Arsenal...dan mereka telah menunjukkan kebolehan mereka setelah mengetepikan Liverpool daripada kelompok top 4 dimana tempat keempat digantikan oleh Spurs.Hehehe...sory Liverpool...aku rasa Gerard n Torres akan kuar season depan....:)

Berbalik kepada team kesayangan kita, Nampaknya skuad sedia ada masih tidak mencukupi untuk menamatkan season ini dengan jayanya.Kekurangan player2 yang berkualiti dan experienced adalah diantara punca utama Arsenal masih tidak memepunyai sebarang piala dalam 5 tahun kebelakangan ini..n jangan lupa sekarang dah masuk tahun keenam tanpa sebarang piala.Well...aku dah malas nak cakap lebih-lebih kenapa Arsenal asyik kecundang setiap season walaupon bermula dengan baik diawal season dan berakhir dengan sangat teruk pada penghujung season. As a conclusion saya berharap Wenger akan berubah sikap dan mentaliti demi masa depan kelab yang lebih cerah.(sesiapa yang baca entri saya sebelum ini pasti faham apa yang saya maksudkan ini). Sekian...

Sunday, May 2, 2010

Kenapa Piala itu Penting.!!!



Hmmm...berbalik kepada perbalahan aku dengan beberapa fanz Arsenal sebelum ni...mereka berkata "ko sokong Arsenal sebab nak piala je ke.?"Well..memang!!! kenapa aku nak sokong Arsenal kalo aku setakat nak tengok diorang main cantik belasah team2 lain pastu kene pulun 3-1 dengan kelab yang paling dibenci Man U..Perlu aku ingatkan disini Arsenal adalah winning team..!!! mereka adalah pasukan mampu menjuarai PIALA..!!!Kenapa piala ni penting sangat...well this is why dengan memenangi piala,sesebuah pasukan itu akan dianggap berjaya mengharungi season itu dengan jayanya dan yang paling penting...Ianya bukanlah sekadar mewakili sebuah piala yang cantik tetapi ia mewakili impian,kebanggaan dan menjadi lambang kemasyhuran sesebuah kelab itu berserta dengan fanz2 yang menyayangi kelab itu. Dan bukan itu saja ia juga datang berserta dengan duit..!!!Duit ini akan menjadi sumber income kepada team yang memenangi piala tersebut untuk membeli player2 yang lebih baik untuk sesebuah pasukan dan secara tidak langsung memantapkan lagi ekonomi sesebuah kelab itu...

Bercakap pula mengenai kekecewaan aku terhadap team yang aku support ni...iya memang aku kecewa sangat2 and kepada fan2 Arsenal yang tak kecewa dengan pencapaian Arsenal season ni...aku tak tahula nak cakap apa.Perlu diingatkan aku yang sokong team Arsenal ni dari Malaysia pon dah frust gila...apa lagi fanz2 yang beli tiket dan bersesak2 untuk pergi tengok team kesayangan mereka bermain di Emirates kecundang dan gagal lagi untuk mendapatkan at least 1 piala untuk season ni.Hmm...diorang kat sana siap nangis2 lagi..tapi au xdela sampai camtu. Yela camana tak nangis penat2 datang Emirates pastu kene pulun dengan Man U. Adei...dahla Wenger bagi kata2 manis kat Fanz ni..."This is the season yang kita akan memenangi sesuatu a.k.a piala".Adei dahla Wenger...dah2 la tu kesian kat fanz2 yang menaruh keercayaan kat awak tu...

Well, Lastly ni pendapat akula...Kalau Wenger betul-betul nak Arsenal menang something, dia kene 'lower down his ego' menerima pendapat orang lain dan mungkin prihatin dengan kata-kata playernya sendiri..........



*So kepada sesapa rasa benda yang aku tulis ni ada benda yang tak betul dan korang nak komen silalah komen kat bawah ok..:)

*Disini juga saya ingin memohon maaf jika ada kata-kata saya yang menyinggung perasaan sesetengah pihak...Sekian terima kasih n komen jika still tak puas ati ok...:)

Perbezaan Pendapat Fanz Arsenal

               Ahaaaa...aku baru lepas gaduh dengan dua orang penyokong Arsenal tentang mengapa Wenger perlu mencontohi Fergie....Hmmmm...memang aku rasa macam orang bodoje bergaduh sesama fan,but that is life setiap orang berbeza pendapat dan prinsip dalam kehidupan.Well berbalik kepada Wenger dan Fergie tadi...Ok here it goes, Untuk kita berjaya kita perlulah mencontohi orang yang berjaya..Haa disini bukan aku kata Wenger tidak berjaya tetapi kita boleh lihat tahap kejayaan Wenger yang jika nak dibandingkan dengan Ferguson...Hehehe aku rasa tak payahla aku nak letakkan statistik berapa banyak perbezaan piala,jumlah kemenangan,jumlah gol dibolosi dan jumlah jaringan gol..jika korang adalah seorang penganalisis dan mengambil kira tentang statistik2 yang saya nyatakn ini...ianya akan lebih memihak kepada Fergie. So kenapa saya sebagai penyokong Arsenal beriya-iya mencadangkan cadangan yang sebigini rupa...Fergie tu kan musuh utama kelab Arsenal...dahla asyik kutuk Arsenal,fanz2 Arsenal memang wajibla tak suka dia..dengan pipi merah and terlompat2 keriangan apabila team dia menang macamla team diorang hebat sangat. So di sini kita akan bercerita tentang nafsu skuad untuk menang dan kematangan dalam permainan...ok lihat siapa veteran2 yang masih menagih kudrat untuk
Man U dan Arsenal..ahaa Ryan Giggs,Paul Scholes, dan Gary Neville..Arsenal pula sekarang ni barula ada Sol Campbell masuk balik...Kalo korang tengok player2 veteran inilah yang banyak membantu dalam menaikkan semangat dan membimbing pasukan...One more thing ialah tentang approach dalam mengekalkan dan menjaga hati player2 yang sedia ada dalam skuad...Hmph..apa yang Wenger buat dalam usaha untuk meyakinkan player2 hebat seperti Arshavin dan Fabregas untuk kekal bersama team Arsenal...?Haaa....sebagai contoh Arshavin pernah menyindir Wenger tentang keputusan dia yang tidak membeli player2  berpengalaman dan berkualiti selepas hanya membeli Vermaelen setelah dua pemain utama Arsenal iaitu Adebayor dan Toure keluar dari pasukan.Selain tu juga,Arshavin juga dengan selambanya mengutuk Wenger lagi dimana dia tidak yakin dengan skuad yang dibarisi pemain muda dan Arsenal perlu menambah lagi skuad yang sedia ada dengan player experienced and berkualiti untuk memenangi sebarang kejuaraan untuk season 2009/2010 (sudah terbukti kata-kata Arshavin itu ada kebenarannya dan kita boleh lihat buktinya sekarang!) ...Fabregas pula pernah menyindir Wenger secara halus disebabkan dia yang pada ketika itu berumur 21 tahun menjadi kapten pasukan dimana dia merasakan yang dia masih terlalu muda untuk menjadi kapten.Fabregas juga menyatakan beberapa kali yang dia mahukan trofi dan ingin berada didalam kelompok winning team dimana statement ini ditujukan kepada Wenger untuk merealisasikan impian dia sebagai pemain Arsenal yang memenangi pelbagai kejuaraan...Adei...perlu diingatkan orang yang menyindir dan memberi kritikan pedas pada Wenger ni bukannya fan Arsenal tetapi adalah pemain2 yang bermain bermati-matian untuk membawa kegemilangan kepada Arsenal.


          Oklah habis bab Wenger..sekarang ni kita tengok approach Fergie pulak.Lihatlah kapten mereka iaitu Ryan Giggs dipilih melalui pengalaman,yang boleh membawa semangat kepada pasukan,yang berkeyakinan dan lebih-lebih lagi lagenda kelab itu sendiri.Tengoklah umur dia,35 kalo tak silap aku... time dia menang PFA untuk season 2008/2009 dimana team diorang menang EPL..Berbeza pula dengan Wenger dimana gah dan hebat dengan player2 yang berpengalaman dan berkualiti pada era The Invincibles..tidak pernah kalah dalam 1 game pon pada season itu dengan player2 seperti Cambell,Toure,Lehmann,Bergkamp,Pires, dan lebih2 lagi lagenda Arsenal, Henry.Kemana mereka menghilang sedangkan mereka masih boleh bermain untuk Arsenal ketika itu.Well let me tell you what happen...ini semua adalah disebabkan PIALA.!!!
Kenapa.?kenapa piala...pulak..apakah.? Senang cerita Henry berhijrah ke Barcelona untuk memenangi Trofi Champions League untuk kejayaan peribadinya walaupon didalam hati dan jiwanya mengatakan dia sayangkan Arsenal tetapi demi mengejar impian untuk bergelar player yang pernah menjuarai CL..dia terpaksa tinggalkan Arsenal kerana dia berasakan yang Arsenal bukanlah tempat untuk dia menjuarai kejuaraan berprestij itu.Begitu juga dengan Viera..dimana dia meninggalakan Arsenal dan menyertai Inter untuk sebab yang sama seperti Henry.Selain faktor ini, adalah polisi Arsenal untuk menyambung kontrak player2 yang sudah menjangkau 30 tahun kepada kontrak untuk 1 tahun..Well ini adalah antara faktor2 dimana player2 Invincibles terpaksa blah..hanya disebabkan polisi bodoh yang dilakukan oleh Wenger.
Kelibat seperti Pires,Ljunberg dan Gilberto adalah diantara player2 yang menjadi mangsa kepada polisi ini yang akhirnya membawa kelab Arsenal kempunan untuk memenangi sebarang piala sehingga sekarang disebabkan kurangnya kematangan dan pengalaman didalam skuad...


          Fuuh..ikutkan banyak lagi aku nak tulis ni untuk xplain apa yang aku ingin sampaikan ni...tapi biarlah dulu disebabkan situasi yang tegang diantara fanz2 Arsenal yang lain.Dan kat sini jugak aku ingin memohon maaf kepada fan2 arsenal yang bergaduh dengan aku hari itu disebabkan ketelanjuran aku dalam berkata-kata....yela masing2 nak mempertahankan pendapat masing2 so keadaan jadi tak terkawal la skit kan...Well sekali lagi aku mintak maaf kat sini tetapi aku tetap dengan pendirian aku dan aku akan mempertahankan apa yang aku tulis dan apa yang aku perhatikan terhadap team yang aku support ni.........Sekian


*Well kepada sapa2 fanz Arsenal yang tak puas hati lagi ke atau nak memberi pandangan terhadap post aku ni ke silalah komen diruangan komen yang disediakan.Sekian T.Q....:)             

Wednesday, April 28, 2010

Wenger perlu contohi Fergie




Aduhai....lagi satu season yang mengecewakan...dan diantara sebab utamanya adalah injury yang melanda skuad tetapi walau apepon sudah banyak kali perkara seperti ini terjadi kepada Arsenal dan semua ini adalah disebabkan manager kita yang terlalu 'bijak'.Wenger adalah seorang yang terlalu berhati-hati dalam membuat keputusan yang akhirnya memakan diri...Sebagai contoh ketika ingin sign kembali pemain tengah berpengaruh Arsenal,Patrick Viera dimana akhirnya dia tak jadi beli...hmmmm..tipikal Wenger with his exciting transfer news...Kalau dia beli Viera tu aku rasa arsenal dah boleh menang EPL dah. Kamonla Wenger...awak perlu mencontohi Fergie dimana keberanian untuk 'gamble' membeli player2 berkualiti dan kesungguhan dalam mengekalkan player2 didalam skuad. Sebagai contoh pembelian player2 seperti Berbatov yang ternyata berbaloi untuk satu seasonje dimana season ni kurang menyerlah but wat ever it is dia tidaklah seteruk Silvestre menggantikan Vermaelen...Hmmm apa yang saya ingin nyatakan disini ialah Wenger perlulah membuat approach yang sama seperti Fergie jika dia benar-benar ingin mengucup sebarang trofi untuk season depan.

Youngster Arsenal Meningkat Naik




Hmm..sumber daripada Arsenal.com menunjukkan player2 seperti Craig Eastmond,Connor Henderson,Emmanuel Frimpong,Sanchez Watt dan Jack Wilshire adalah diantara beberapa pemain yang meningkat pada season 2009/2010 ni.Dimana mereka dapat bermain untuk beberapa game untuk season ni dan mendapat tempat kesebelasan utama didalam pasukan yang meng'loan' mereka. Bagi saya ini adalah petanda positif dimana ianya menunjukkan Arsenal merupakan kelab yang mampu menghasilkan player2 bermutu urtuk masa depan kelab.Whatever it is...demi mengucup kejuaraan untuk season depan,Arsenal perlulah memiliki player2 yang berpengalaman dan berkualiti dimana ianya merupakan kelemahan utama Arsenal ketika ini. So let us stick together and hope for a better future for Arsenal...Go Gooners..!!!

*Walaupun player2 muda Arsenal menunjukkan peningkatan yang baik tetapi Arsenal tetap perlu membeli player2 berpengalaman untuk memantapkan lagi pasukan untuk season depan..

Monday, April 26, 2010

I Hate Manchester United..!!!



Haha...akhirnya ada jugak group ni kat facebook sekarang ni..haha..I Like It. To Man U fanz dont get to excited coz u just win that little League Cup of yours..coz the EPL is not going to Old Trafford but Stamford Bridge...
Hmmm....semuanya disebabkan injury yang melanda skuad arsenal kalo tak dah lama menang EPL....!!!Dont worry Gooners...Next season..!!!

*Ahakz....dah brapa kali kate next season nih...