Tuesday, May 18, 2010

Mari Survey Skuad Arsenal

Berpuas hati dengan skuad yang Arsenal miliki ?
Ya
Tidak
  
pollcode.com free polls




Arsenal memerlukan player berfizikal tinggi dan kuat dalam skuad ?
Ya
Tidak
  
pollcode.com free polls


Player yang berpengalaman dan berkualiti diperlukan ?
Ya
Tidak
  
pollcode.com free polls

Kurangnya kematangan dan pengalaman didalam skuad Arsenal ?
Ya
Tidak
  
pollcode.com free polls

Monday, May 10, 2010

Tempat ke-3 Dalam EPL



Ok....Baiklah nampaknya Arsenal sekali lagi berjaya kekal didalam top 4 season ni untuk tempat ke-3 secara keseluruhan setelah berjaya menewaskan Fulham 4-0 di Emirates. Walaupon banyak team2 EPL yang lain semakin kuat contohnya Man City,Spurs,Villa dan Everton yang memasang impian untuk memecah masuk kelompok top 4 tetapi Arsenal masih menunjukkan yang mereka masih lagi kuat untuk bersaing didalam mengekalkan status top 4.Apa yang menjadi kelebihan team2 ini adalah mereka mempunyai kebolehan untuk menewaskan Chealsea,Man U,Liverpool dan Arsenal...dan mereka telah menunjukkan kebolehan mereka setelah mengetepikan Liverpool daripada kelompok top 4 dimana tempat keempat digantikan oleh Spurs.Hehehe...sory Liverpool...aku rasa Gerard n Torres akan kuar season depan....:)

Berbalik kepada team kesayangan kita, Nampaknya skuad sedia ada masih tidak mencukupi untuk menamatkan season ini dengan jayanya.Kekurangan player2 yang berkualiti dan experienced adalah diantara punca utama Arsenal masih tidak memepunyai sebarang piala dalam 5 tahun kebelakangan ini..n jangan lupa sekarang dah masuk tahun keenam tanpa sebarang piala.Well...aku dah malas nak cakap lebih-lebih kenapa Arsenal asyik kecundang setiap season walaupon bermula dengan baik diawal season dan berakhir dengan sangat teruk pada penghujung season. As a conclusion saya berharap Wenger akan berubah sikap dan mentaliti demi masa depan kelab yang lebih cerah.(sesiapa yang baca entri saya sebelum ini pasti faham apa yang saya maksudkan ini). Sekian...

Sunday, May 2, 2010

Kenapa Piala itu Penting.!!!



Hmmm...berbalik kepada perbalahan aku dengan beberapa fanz Arsenal sebelum ni...mereka berkata "ko sokong Arsenal sebab nak piala je ke.?"Well..memang!!! kenapa aku nak sokong Arsenal kalo aku setakat nak tengok diorang main cantik belasah team2 lain pastu kene pulun 3-1 dengan kelab yang paling dibenci Man U..Perlu aku ingatkan disini Arsenal adalah winning team..!!! mereka adalah pasukan mampu menjuarai PIALA..!!!Kenapa piala ni penting sangat...well this is why dengan memenangi piala,sesebuah pasukan itu akan dianggap berjaya mengharungi season itu dengan jayanya dan yang paling penting...Ianya bukanlah sekadar mewakili sebuah piala yang cantik tetapi ia mewakili impian,kebanggaan dan menjadi lambang kemasyhuran sesebuah kelab itu berserta dengan fanz2 yang menyayangi kelab itu. Dan bukan itu saja ia juga datang berserta dengan duit..!!!Duit ini akan menjadi sumber income kepada team yang memenangi piala tersebut untuk membeli player2 yang lebih baik untuk sesebuah pasukan dan secara tidak langsung memantapkan lagi ekonomi sesebuah kelab itu...

Bercakap pula mengenai kekecewaan aku terhadap team yang aku support ni...iya memang aku kecewa sangat2 and kepada fan2 Arsenal yang tak kecewa dengan pencapaian Arsenal season ni...aku tak tahula nak cakap apa.Perlu diingatkan aku yang sokong team Arsenal ni dari Malaysia pon dah frust gila...apa lagi fanz2 yang beli tiket dan bersesak2 untuk pergi tengok team kesayangan mereka bermain di Emirates kecundang dan gagal lagi untuk mendapatkan at least 1 piala untuk season ni.Hmm...diorang kat sana siap nangis2 lagi..tapi au xdela sampai camtu. Yela camana tak nangis penat2 datang Emirates pastu kene pulun dengan Man U. Adei...dahla Wenger bagi kata2 manis kat Fanz ni..."This is the season yang kita akan memenangi sesuatu a.k.a piala".Adei dahla Wenger...dah2 la tu kesian kat fanz2 yang menaruh keercayaan kat awak tu...

Well, Lastly ni pendapat akula...Kalau Wenger betul-betul nak Arsenal menang something, dia kene 'lower down his ego' menerima pendapat orang lain dan mungkin prihatin dengan kata-kata playernya sendiri..........



*So kepada sesapa rasa benda yang aku tulis ni ada benda yang tak betul dan korang nak komen silalah komen kat bawah ok..:)

*Disini juga saya ingin memohon maaf jika ada kata-kata saya yang menyinggung perasaan sesetengah pihak...Sekian terima kasih n komen jika still tak puas ati ok...:)

Perbezaan Pendapat Fanz Arsenal

               Ahaaaa...aku baru lepas gaduh dengan dua orang penyokong Arsenal tentang mengapa Wenger perlu mencontohi Fergie....Hmmmm...memang aku rasa macam orang bodoje bergaduh sesama fan,but that is life setiap orang berbeza pendapat dan prinsip dalam kehidupan.Well berbalik kepada Wenger dan Fergie tadi...Ok here it goes, Untuk kita berjaya kita perlulah mencontohi orang yang berjaya..Haa disini bukan aku kata Wenger tidak berjaya tetapi kita boleh lihat tahap kejayaan Wenger yang jika nak dibandingkan dengan Ferguson...Hehehe aku rasa tak payahla aku nak letakkan statistik berapa banyak perbezaan piala,jumlah kemenangan,jumlah gol dibolosi dan jumlah jaringan gol..jika korang adalah seorang penganalisis dan mengambil kira tentang statistik2 yang saya nyatakn ini...ianya akan lebih memihak kepada Fergie. So kenapa saya sebagai penyokong Arsenal beriya-iya mencadangkan cadangan yang sebigini rupa...Fergie tu kan musuh utama kelab Arsenal...dahla asyik kutuk Arsenal,fanz2 Arsenal memang wajibla tak suka dia..dengan pipi merah and terlompat2 keriangan apabila team dia menang macamla team diorang hebat sangat. So di sini kita akan bercerita tentang nafsu skuad untuk menang dan kematangan dalam permainan...ok lihat siapa veteran2 yang masih menagih kudrat untuk
Man U dan Arsenal..ahaa Ryan Giggs,Paul Scholes, dan Gary Neville..Arsenal pula sekarang ni barula ada Sol Campbell masuk balik...Kalo korang tengok player2 veteran inilah yang banyak membantu dalam menaikkan semangat dan membimbing pasukan...One more thing ialah tentang approach dalam mengekalkan dan menjaga hati player2 yang sedia ada dalam skuad...Hmph..apa yang Wenger buat dalam usaha untuk meyakinkan player2 hebat seperti Arshavin dan Fabregas untuk kekal bersama team Arsenal...?Haaa....sebagai contoh Arshavin pernah menyindir Wenger tentang keputusan dia yang tidak membeli player2  berpengalaman dan berkualiti selepas hanya membeli Vermaelen setelah dua pemain utama Arsenal iaitu Adebayor dan Toure keluar dari pasukan.Selain tu juga,Arshavin juga dengan selambanya mengutuk Wenger lagi dimana dia tidak yakin dengan skuad yang dibarisi pemain muda dan Arsenal perlu menambah lagi skuad yang sedia ada dengan player experienced and berkualiti untuk memenangi sebarang kejuaraan untuk season 2009/2010 (sudah terbukti kata-kata Arshavin itu ada kebenarannya dan kita boleh lihat buktinya sekarang!) ...Fabregas pula pernah menyindir Wenger secara halus disebabkan dia yang pada ketika itu berumur 21 tahun menjadi kapten pasukan dimana dia merasakan yang dia masih terlalu muda untuk menjadi kapten.Fabregas juga menyatakan beberapa kali yang dia mahukan trofi dan ingin berada didalam kelompok winning team dimana statement ini ditujukan kepada Wenger untuk merealisasikan impian dia sebagai pemain Arsenal yang memenangi pelbagai kejuaraan...Adei...perlu diingatkan orang yang menyindir dan memberi kritikan pedas pada Wenger ni bukannya fan Arsenal tetapi adalah pemain2 yang bermain bermati-matian untuk membawa kegemilangan kepada Arsenal.


          Oklah habis bab Wenger..sekarang ni kita tengok approach Fergie pulak.Lihatlah kapten mereka iaitu Ryan Giggs dipilih melalui pengalaman,yang boleh membawa semangat kepada pasukan,yang berkeyakinan dan lebih-lebih lagi lagenda kelab itu sendiri.Tengoklah umur dia,35 kalo tak silap aku... time dia menang PFA untuk season 2008/2009 dimana team diorang menang EPL..Berbeza pula dengan Wenger dimana gah dan hebat dengan player2 yang berpengalaman dan berkualiti pada era The Invincibles..tidak pernah kalah dalam 1 game pon pada season itu dengan player2 seperti Cambell,Toure,Lehmann,Bergkamp,Pires, dan lebih2 lagi lagenda Arsenal, Henry.Kemana mereka menghilang sedangkan mereka masih boleh bermain untuk Arsenal ketika itu.Well let me tell you what happen...ini semua adalah disebabkan PIALA.!!!
Kenapa.?kenapa piala...pulak..apakah.? Senang cerita Henry berhijrah ke Barcelona untuk memenangi Trofi Champions League untuk kejayaan peribadinya walaupon didalam hati dan jiwanya mengatakan dia sayangkan Arsenal tetapi demi mengejar impian untuk bergelar player yang pernah menjuarai CL..dia terpaksa tinggalkan Arsenal kerana dia berasakan yang Arsenal bukanlah tempat untuk dia menjuarai kejuaraan berprestij itu.Begitu juga dengan Viera..dimana dia meninggalakan Arsenal dan menyertai Inter untuk sebab yang sama seperti Henry.Selain faktor ini, adalah polisi Arsenal untuk menyambung kontrak player2 yang sudah menjangkau 30 tahun kepada kontrak untuk 1 tahun..Well ini adalah antara faktor2 dimana player2 Invincibles terpaksa blah..hanya disebabkan polisi bodoh yang dilakukan oleh Wenger.
Kelibat seperti Pires,Ljunberg dan Gilberto adalah diantara player2 yang menjadi mangsa kepada polisi ini yang akhirnya membawa kelab Arsenal kempunan untuk memenangi sebarang piala sehingga sekarang disebabkan kurangnya kematangan dan pengalaman didalam skuad...


          Fuuh..ikutkan banyak lagi aku nak tulis ni untuk xplain apa yang aku ingin sampaikan ni...tapi biarlah dulu disebabkan situasi yang tegang diantara fanz2 Arsenal yang lain.Dan kat sini jugak aku ingin memohon maaf kepada fan2 arsenal yang bergaduh dengan aku hari itu disebabkan ketelanjuran aku dalam berkata-kata....yela masing2 nak mempertahankan pendapat masing2 so keadaan jadi tak terkawal la skit kan...Well sekali lagi aku mintak maaf kat sini tetapi aku tetap dengan pendirian aku dan aku akan mempertahankan apa yang aku tulis dan apa yang aku perhatikan terhadap team yang aku support ni.........Sekian


*Well kepada sapa2 fanz Arsenal yang tak puas hati lagi ke atau nak memberi pandangan terhadap post aku ni ke silalah komen diruangan komen yang disediakan.Sekian T.Q....:)             

Wednesday, April 28, 2010

Wenger perlu contohi Fergie




Aduhai....lagi satu season yang mengecewakan...dan diantara sebab utamanya adalah injury yang melanda skuad tetapi walau apepon sudah banyak kali perkara seperti ini terjadi kepada Arsenal dan semua ini adalah disebabkan manager kita yang terlalu 'bijak'.Wenger adalah seorang yang terlalu berhati-hati dalam membuat keputusan yang akhirnya memakan diri...Sebagai contoh ketika ingin sign kembali pemain tengah berpengaruh Arsenal,Patrick Viera dimana akhirnya dia tak jadi beli...hmmmm..tipikal Wenger with his exciting transfer news...Kalau dia beli Viera tu aku rasa arsenal dah boleh menang EPL dah. Kamonla Wenger...awak perlu mencontohi Fergie dimana keberanian untuk 'gamble' membeli player2 berkualiti dan kesungguhan dalam mengekalkan player2 didalam skuad. Sebagai contoh pembelian player2 seperti Berbatov yang ternyata berbaloi untuk satu seasonje dimana season ni kurang menyerlah but wat ever it is dia tidaklah seteruk Silvestre menggantikan Vermaelen...Hmmm apa yang saya ingin nyatakan disini ialah Wenger perlulah membuat approach yang sama seperti Fergie jika dia benar-benar ingin mengucup sebarang trofi untuk season depan.

Youngster Arsenal Meningkat Naik




Hmm..sumber daripada Arsenal.com menunjukkan player2 seperti Craig Eastmond,Connor Henderson,Emmanuel Frimpong,Sanchez Watt dan Jack Wilshire adalah diantara beberapa pemain yang meningkat pada season 2009/2010 ni.Dimana mereka dapat bermain untuk beberapa game untuk season ni dan mendapat tempat kesebelasan utama didalam pasukan yang meng'loan' mereka. Bagi saya ini adalah petanda positif dimana ianya menunjukkan Arsenal merupakan kelab yang mampu menghasilkan player2 bermutu urtuk masa depan kelab.Whatever it is...demi mengucup kejuaraan untuk season depan,Arsenal perlulah memiliki player2 yang berpengalaman dan berkualiti dimana ianya merupakan kelemahan utama Arsenal ketika ini. So let us stick together and hope for a better future for Arsenal...Go Gooners..!!!

*Walaupun player2 muda Arsenal menunjukkan peningkatan yang baik tetapi Arsenal tetap perlu membeli player2 berpengalaman untuk memantapkan lagi pasukan untuk season depan..

Monday, April 26, 2010

I Hate Manchester United..!!!



Haha...akhirnya ada jugak group ni kat facebook sekarang ni..haha..I Like It. To Man U fanz dont get to excited coz u just win that little League Cup of yours..coz the EPL is not going to Old Trafford but Stamford Bridge...
Hmmm....semuanya disebabkan injury yang melanda skuad arsenal kalo tak dah lama menang EPL....!!!Dont worry Gooners...Next season..!!!

*Ahakz....dah brapa kali kate next season nih...

Chelsea Garang...!!!


Wohoho...Garang nampak....ui takot aku tengok Chelsea nih, nampaknya diorang betol-betol nak piala EPL ni..yela dah berapa kali try tapi tak dapat2..asyik2 Man U jugak yang bernasib baik..dah2 la tu aku dah nyampah tengok diorang asyik menang, dah menang berlagak pulak tu macam power sangat..haqtuih...boleh blala nasib baik Arsenal banyak injured kalo tak dah lama menang...hehe.Well ape2 pon..kemenangan besar 7-0 bertemu Stoke tidak menjamin skuad The Blues ini untuk merangkul kejuaraan EPL..dimana perlawanan selepas ini bertembung Liverpool mungkin menjadi penentu untuk pasukan ini bergelar juara EPL untuk season 2009/2010.

Saturday, April 24, 2010

Game yang Membosankan




MmmmmMMMMMmmmmmMMmmmm......itulah yang dapat disimpulkan daripada game bosan daripada Arsenal walaupun ada beberapa percubaan merbahaya daripada Arsenal tetapi masih tidak cukup untuk menjaringkan sebarang gol yang bermakna buat Arsenal.Pendek cerita, dalam skuad yang diturunkan menentang Man City tidak ada playmaker yang berfungsi di jentera serangan dan jelas sekali 'otak' Arsenal amatlah diperlukan iaitu kapten Cesc Fabregas....tanpa tonggok utama pasukan ini siapalah Arsenal.....

*tapi yang bestnya Shay Given injured dalam game ni..hehe padan muka Man City..tengok skit Given takda camana.....

PES Tournament di Putrajaya



Hoho...siape2 yang gila dok main PES tu...bolehla masuk tournament ni test skit power tak power korang tu....for more info klik on the picture...TQ...:)

Man U Terus Himpit Chelsea




Nampaknya dengan kemenangan terhadap Spurs 3-1..Man U kembali memintas Chelsea untuk kedudukan teratas liga dua jaringan penalti daripada veteran Man U,Ryan Giggs dan 1 jaringan chip cantik daripada Nani telah meranapkan impian barisan Harry Redknapp untuk memperoleh sekurang-kurangnya 1 mata untuk memperkukuhkan lagi kedudukan tempat keempat liga yang diekori rapat oleh Man City. So overall, daripada penelitian saya terhadap match tadi..memang Man U layak untuk menang walaupun mendapat tentangan yang hebat daripada Spurs tetapi disebabkan perbezaan kualiti pemain itulah yang membezakan diantara loser dan winner didalam perlawanan yang dianggap penting itu.....Well ape2 pon season 2009/2010 masih lagi belum berakhir dan kita tunggu dan lihat sajalah prestasi Chelsea menentang Liverfool pula selepas ini.....

*Aku harap Chelsea menang lawan liverfool nanti n sekaligus memang EPL...aku dah nyampah tengok Man U dok menang..

Thursday, April 22, 2010

Kekalahan Wigan Membuka Mata Arsenal





Kekalahan kepada Wigan telah membuka mata kepada semua pihak betapa Arsenal memerlukan perubahan yang drastik didalam pasukannya.

Kenapa?

Berterus terang sajalah,kita takkan menang EPL pon,dan selepas melihat game paling taik sekali keitka lawan Wigan, saya rasa dah sampai masanya untuk Wenger merombak pasukannya yang tidak cukup bagus untuk bersaing dengan aksi yang tidak konsisten langsung sepanjang musim 2009/2010.

Kekalahan ini menunjukkan skuad kita perlu dirombak daripada GK kepada CB kepada ball winner di tengah padang kepada striker. Bagi saya, kita perlukan at least 3 signings baru untuk season depan.

Selain itu juga player yang kurang memuaskan seperti Eduardo,Denilson,Almunia dan Silvestre perlu ditunjukkan jalan keluar.

Selain itu juga, Wenger perlulah bijak dalam mengatur strategi dan taktik apabila berdepan pasukan lawan,sebagai contoh..untuk berdepan pasukan kuat seperti Chelsea dan Man U..takkanlah kita nak pakai formation 4-3-3..perlu diingatkan kita bukannya Barca, player Barca mempunyai kualiti yang berbeza dengan player kita.Mungkin startegi 4-4-2 lebih sesuai dimana terdapat keseimbangan diantara bahagian tengah dan serangan.

Akhir kata perubahan drastik perlu dilakukan Wenger keatas skuad mudanya yang ternyata masih terlalu mentah untuk memenangi sebarang kejuaraan….berubahlah sesungguhnya perubahan itu akan membawa kebaikan kepada Arsenal….

Pinky Torres...:)



Alololo...~~sweetnye budak pinky ni...hahaha...apa dia..?Nak p Shopping dengan abang Gerard...yelah2...silakan....Huhuhu...alahai liverfool camanala korang nak maju ada player camni...ahakz..Jangan mare ye fanz liverfool...hihihihi....Go Gunners Go...!!!

*Just for fun guys...hehe

Siapla Ko Adebayor....


Eeeeiii...geram aku tengok Adebayor ni.....time dekat padang Eastlands sempat ko berlari sampai ujung padang yea....takpe2, tak lama lagi match dengan Arsenal kat Emirates..siapla ko!!!
Ko memang tak kenang budi punya player.. sama cam Cashley cole tu...sama2 nak kene rembat time kat Emirates nanti. Pepehal pon peringatan untuk Adebayor..Abang Persie dah sihat dah...hehe lepas ni kita tengok muka siapa pulak kene pijak nanti...hehehehe...Jangan kecut Adebayor...Go Go Arsenal....!!!

*Lupakan kekalahan lepas dan tumpukan terhadap game Man City ni...Its payback time..!!!

(Owh terlupa plak...kredit untuk kawanku Ajib untuk gambar ni..:)

Sunday, April 18, 2010

Defensive Reinforcements Diperlukan..?


Kamonlaaa.....ape style pertahanan yang Arsenal praktikkan ni....seriously benteng pertahanan yang lemah antara punca utama yang menyebabkan Arsenal gagal dalam pemburuan piala jika nak dibandingkan dengan Chealsea dan Man U. Sekarang ni Arsenal mempunyai dua pilihan sama ada untuk mengamalkan corak defensive yang lebih tersusun dan mantap atau membeli player2 pertahanan yang berkualiti untuk dimasukkan didalam pasukan. Kita dapat melihat setiap kali Arsenal kena Counter attack...memang 80% pihak lawan kan berjaya dalam counter attack mereka dan apa yang Prof Wenger buat untuk mengelakkan semua ini....hmmmm...takde apa...kosong. Prof Wenger tetap dengan egonya menyerapkan corak serangan 'cantik' ketika berdepan pihak lawan. Apa-apa pun secara keseluruhannya Arsenal masih lemah dari segi defensive sejak lima tahun tanpa sebarang piala ni. Untuk Prof Wenger, buatlah perubahan secepat mungkin dan turunkan ego anda untuk masa depan Arsenal yang lebih gemilang...!!!!

Wenger Salah Lagi......




Daripada match semalam menetang Wigan. Arsenal jelas menunjukkan kelemahan dalam defence dan paling teruk ialah mereka dikalahkan setelah mendahului dengan 2 gol. Bagi sesebuah pasukan untuk kalah setelah berada pada kedudukan yang kukuh untuk menang menunjukkan pasukan itu tidak mempunyai 'winning mentaliti' yang diperlukan untuk sesebuah BIG TEAM seperti Arsenal. Walau apa pun kekalahan ini haruslah dipersalahkan kepada Prof Wenger dimana egonya untuk tidak menurunkan keeper no.1 Arsenal, Manuel Almunia disebabkan kesilapan yang dilakukan ketika perlawanan sebelum ini menentang Spurs, begitu juga dengan percaturan taktik yang salah apabila lewat menurunkan Abang Persie ketika perlawanan sudah pun terikat 2-2.Senang cerita...Arsenal masih mentah dan tidak layak untuk memenangi sebarang gelaran jika Prof Wenger tidak mengenepikan falsafah mengarutnya dan egonya yang terlampau itu...!!!!

Saturday, April 17, 2010

Kontrak Lanjutan untuk Campbell..?



Seperti mana yang kita tahu...Arsenal sangat2 memerlukan defender yang berpengalaman untuk memperkukuhkan benteng pertahanan Arsenal yang sejak kebelakangan ni mudah dibolosi pihak lawan,dan pada pendapat saya Sol Campbell adalah jawapannya...tetapi pasti ramai yang tertanya-tanya tentang tahap kecergasan Campbell yang boleh dikatakan agak berumur untuk beraksi didalam liga EPL. Walau apapun, berdasarkan prestasi semasa Campbell yang bagus...dia berkemungkinan besar akan mendapat kontrak lanjutan daripada Wenger. Well whatever it is...its all up to Arsene Wenger...and lets hope that he will make the right deceision...!!!

*Kalau aku jadi manager Sol Campbell confirm akan diberi kontrak lanjutan, lihat sajalah MU dimana veteran mereka masih lagi beraksi iaitu Ryan Giggs dan Paul Scholes.

Thursday, April 15, 2010

Tiada Alasan Injured Untuk Kalah kepada Spurs...!!!


Arsenal oh Arsenal.......please.....Sekarang ni barulah kita akan merenungkan kembali apa yang diperkatakan oleh Arshavin kepada kelabnya Arsenal dimana Arsenal perlulah membeli player2 yang berpengalaman dan berkualiti untuk merebut kembali takhta EPL yang setelah sekian lama tidak dimenangi oleh kelab utara london itu. Kita boleh lihat dimana apabila seseorang key player injured....rentak serangan Arsenal seolah-olah tumpul ketika berdepan pasukan lawan.Sebagai contoh ketiadaan Van Persie adalah satu kehilangan besar kepada kelab dimana ketika itu bukan Persie sorangje injured...tapi Bendter jugak injured...so terpaksalah Arshavin bermain sebagai striker dimana ianya bukanlah natural position nye.....What ever it is.....pleasela Wenger.. Injury yang melanda skuad Arsenal tidak harus dijadikan alasan.Sebagai pengurus pasukan Wenger haruslah merendahkan egonya untuk membeli player2 baru yang berpengalaman dan berkualiti a.k.a..Star Players seperti David Villa,Felipe Melo, David Silva dan beberapa lagi star players.

*Wenger ko patut dengar cakap Arshavin dan pengkritik2 sukan yang lain.......

Wednesday, April 14, 2010

The North London Derby...Arsenal vs Spurs


'We got to fight5x....fight for this game'....haha ubah skit lagu dari Cheryl Cole....So malam ni apa yang ditunggu-tunggu merupakan antara match yang penting untuk Arsenal, mana taknya lawan Spurs....hmmm...seperti mana yang kita tahu kelab ni merupakan jiran Emirates dan antara yang liat jugakla nak dijinakkan oleh the Gooners nih...sebab Spurs bagi aku merupakan kelab top 5 dalam liga EPL sekarang dan prestasi diorang yang sentiasa meningkat untuk mencabar kelab2 top 4 EPL. But aku rase Liverpool bakal terkeluar dari top 4 ni...hehe sorry Liverpool....:( Okla berbalik pada cerita tadi didapati Abang Persie mungkin akan diesenaraikan dalam skuad menentang Spurs..So hopefully he will do some magic to Spurs....ngahahaha top striker Arsenal dah kembali....Yeahhh..!!!

Wednesday, March 31, 2010

Arsenal vs Barca....2-2..Marvellous Game



Hehe overall game semalam memang gempakla...aku ingatkan Arsenal dah kalah dah tapi tak dapatla jep...untuk 1st half memang Barca control game but Arsenal pon boleh tahan gak dalam defend n melakukan serangan balas,tapi malangnya untuk 1st half takde sebarang gol yang dihasilkan..Cuak gakla dok tengok Barca serang Arsenal gila babi, Barca memang sial dengan possesion football diorang..dahla Gallas injured,aku dah rasa tak sedap hati dah..Hei~.

Masuk 2nd half...baru kejapje start Arsenal dah kena 1 gol dari Ibrahimovic hasil daripada kecuaian pertahanan Arsenal...mangkuk punye Song tak marking Ibrahimovic(nasib baik ko Ibhimovic oi...Gallas takde seronokla ko,kalo tak jangan harapla nak gol).Start dari situ Arsenal start menggandakan asakan tapi...tup..chip skit bagi kat Ibrahihimovic...BAAAM gol lagi..sama cam gol first tadi.

Hohohoho....jangan exited sangat Barca... adik Walcott kita masuk hehe.........................pendek cerita Walcott masuk Arsenal dapat dua gol, 1 gol dia buat and 1 lagi dari Fabregas...In my opinion ini adalah keputusan yang ok gakla..hehehe perlu diingat Arsenal takda Van Persie tu pon boleh seri...kalo dia ade, dah gerenti menang dah..Ape2 pon lets hope 4 de best in the 2nd leg at Nou Camp...GO WALCOTT...GO GOOONERS..!!!

Sunday, March 28, 2010

Clash of the Beautiful Football


Base on tajuk kat atas tu senang cerita kalo nak diungkapkan ialah pertembungan diantara dua kelab yang bermain bola dengan cantik yang mempunyai prinsip dan approach yang sama dalam permainan bola sepak iaitu Barcelona vs Arsenal.Bagi saya perlawanan dua kelab ni pasti menarik dan sengit tetapi sebagai pemerhati bola sepak,saya merasakan yang Barcelona akan memenangi perlawanan ini disebabkan beberapa faktor dimana:-

1. Arsenal kehilangan beberapa tonggak penting iaitu Van Persie,Gallas dan kemungkinan kapten Fabregas.
2. Prestasi Arsenal yang kurang memberangsangkan ketika berlawan Birmingham City dengan keputusan seri 1-1 dalam liga EPL.
3. Tonggak Barcelona,Messi yang macam sial dengan menjaringkan gol pada setiap match. Analisis menunjukkan dia lagi hebat berbanding Maradona..senang cerita player no.1 dunia ada dalam team Barcelona
4. Kematangan dan experience memenangi Champions League player2 Barcelona berbanding player2 Arsenal.

Pepehal pon lets hope the best 4 Arsenal....and anything can happen dalam bola sepak,dont forget bola itu bulat...GO GOONERS!!!!


Rambut Stylo Bebudak Arsenal

Hehehe...player2 Arsenal ni pandai gak bergaya ek..jom kita tengok skit style rambut diorang ni.Hehehehe...mana yang burok tu sorila ye aku kutuk skit..hihihi




Bacary Sagna:

Style rambut yang dipanggil kepala mop ni memang tak dapat dipisahkan daripada kepala Sagna nih...bagi aku style ni merupakan antara style rambut paling teruk pernah aku tengok selain ex-liverfool player Djibril Cisse.





Manuel Almunia:

Ha ni sorang lagi...ape style ntah kaler rambut jadi putih kalo ko orang England atau German okla kot sebab sesuai dengan muka diorang...Lagi elok biar rambut ko itam cam Fabregas tu lagi bagus.







Eduardo Da Silva:

Style pacak jerung ni okla tapi ni gambar lama..aku rasa style sekarang lagi ok kot.








Andrey Arshavin:

Style the Beatles gitu...okla tapi kalo nak dibandingkan dengan style rambut dia yang latest memang jauh beza...burok kot style baru dia.









Van Persie:

Ahakz...dari dulu sampai sekarang cam2 je... style ala2 US Marin gitu...hehehe skema jugak si Persie ni yek...I Salute U Persie(ala2 tentera marin)







Alexander Song :

Ni penyanyi reggae mana ni..sekali tengok cam adik Adebayor pon ada. Jom reggae Mr.Song.....









Cesc Fabregas:

Haha..sory gambar lama bagi aku strle rambut camni memang sesuai sangatla dengan dia..Stylo








Theo Walcott:

Wah memang xde style lainla si adik Walcott ni..
apepon style ni memang sesuaila dengan dia..SMART

Thursday, March 25, 2010

Fabregas..a Worldclass Player




Yup sudah tentu...dengan status selaku key player Arsenal dengan memegang selaku penjaring dan peng'assist' yang terbanyak setakat ini untuk musim 2009/2010.Selaku playmaker,dia melakukan tugasnya dengan begitu baik sekali dimana dia mengawal permainan,memberi passing dan throughball yang menarik kepada rakan sepasukanya dalam melakukan serangan.

Van Persie Dan Semangat Arsenal



Berdasarkan tajuk dan gambar diatas kita dapat lihat betapa semangatnya Van Persie ketika bermain untuk Arsenal. Agresif, kaki kiri yang superb,rembatan kencang,berperanan sebagai free role dibahagian serangan menjadikan Van Persie sebagai penyerang utama Arsenal.
Ada rumours yang mengatakan kelab gergasi Sepanyol,Barcelona berminat untuk memancing striker ini ke Nou Camp...Hehehe, but sorryla Barca.. Persie is not Henry.He is a different type of player dan qualitinya itu terletak kepada kesetiaan yang tinggi terhadap kelab Arsenal.To Barca (Boleh blahla Barca kalo boleh semua player Arsenal ko nak kebaskan..)




Well2..tengok tu power tak powernya si Van Persie nih....hmm..
nasib baik dia injured kalo tak dah lama Arsenal menang EPL season nih

Saturday, March 20, 2010

BADAK KUAT a.k.a ROONEY



Hei bengang betol tengok si Rooney nih..mana taknya dok bawak bola cam badak..,susah nak kejar and lawan body contact dengan dia. Lagi tu dahla tengah on form skang nih semenjak Ronaldo takde, dok score golje tiap2 game.... pakai header plak tu ...Hei Rooney teringat aku kat member aku Zabid, mana taknya taknya rambut sebijik cam Rooney, main bola pon boleh tahan gak shooting power dia.Haha aku teringat lagi cerita kawan aku munip(rival:penyokong ManU)..alkisahnya time tu main futsal and team lawan tu boleh dikatakan hebat jugakla, tapi zabid memberikan kata2 semangat kat team dia,
Zabid: xpa2 ni..*(Wayne Woooney) ada, jgn risau. Pastu selang bebrapa minit permainan zabid injured.....sigh(teringat kata2 semangat yang zabid bagi tadi).Hahaha rileksla bid ,aku bangga ade kawan yang ada rupa cam Football Star nih...tapi yang paling penting ko adalah penyokong Arsenal bid..Yeaaah!!!

*(zabid pelat huruf R)




Haha ni lah kawan aku Zabid

Zabid:Jangan ghisau.. Wayne Woooney ada..!!!
(kalo dia wat rambut pendek memang sebijik cam Rooney..)









Rooney: Wei apsal muka budak kat atas ni cam.........

MAT REMPIT a.k.a NANI




Apa dia Nani Mat Rempit..? hehe rileks bro dia bukan Mat Rempit, tapi cuba korang tengok muka dia ...sebijil cam Mat empit Kg. Jawa ...Haha mana taknya dengan kulit sunburn and rambut kerinting berekornya tu...Haish patutla bawak bola laju semacam and gelacek bola cam sial.
Ape2 pon aku still respect si Ronaldo wannabe nih sebab tengah on form dalam setiap game untuk ManU sekarang nih..dia punya dribble,larian pantas,crossing memang superblah. Contohnya tengoklah camane arsenal dok kena 3-1 dengan ManU....Still EPL 2009/2010 blom abis lagi and Arsenal still ada peluang cerah tok menang EPL....so ape tunngu lagi LETS GO GOONERS!!!


Tuesday, March 16, 2010

Dulu lain...Sekarang Lain...



Dulu memang bertekak sampai tarik baju:-

Van Persie: Wei bai ko main kasar sgt pehal..!!!
Aku dah la cepat injured
Aku blasah ko kang...

Vermealen: Suka ati akula..!!!
Dah kate main bola
Xkan nk main lembut2 kot.....



Sekarang bila dah satu team..:-

Van Persie: Bagus2 aku angkat corner
ko tanduk bagi gol
camtula....

Vermaelen: Hehe baik punya header
janji ko bg cross cantik
kat kepala aku....





The Double V, Van Persie N Vermaelen bagi aku kedua2 player ni memang merupakan satu gandingan yang mantap dalam skuad Arsenal terutamanya apabila kedua-duanya mempunyai combination yang sangat bagus dalam melakukan set-piece. Di mana Van persie selaku tukang assist dan Vermaelen selaku penyudahnya.Tapi sebelum diorang jadi satu team...Van Persie n Vermaelen memang rival, mana tak nya sorang stiker agersif n sorang lagi defender agresif..so bila 2 kuasa ni bertembung memang bergaduhla jawabnya. Hehehe...tapi tu dulu..skarang ni bila dah satu team...Wa caya samalu Bro...!!!! GO GOONERS...


Thursday, February 25, 2010

Skuad & Corak permainan ARSENAL

TAKTIK PERMAINAN :-

Kesebelasan Utama :-

01. Andrey arshavin
02. Robin Van persie
03. Theo Walcott
04. Cesc Fabregas
05. Abou Diaby
06. Alexander Song
07. William Gallas
08. Thomas Varmaelen
09. Gael Clichy
10. Bacary Sagna
11. Manuel Almunia

Strategi / Formasi:-








4:3:3

Secara kasarnya kita boleh lihat corak permainan arsenal yang cantik itu datangnya dari style passingnye yang simple dan mudah contohnya taktik passing ‘one2’. Taktik passing ‘one2’ adalah dimana bola yang dipasskan pemain(1) kepada pemain(2) dan diterima kembali oleh pemain(1) daripada pemain(2).

Teknik ini didapati sangat berkesan untuk melepasi 1 atau 2 pertahanan malahan mungkin lebih daripada itu bergantung kepada posisi pemain ketika pass dibuat.



KELEBIHAN DAN KELEMAHAN PLAYER2 ARSENAL:-

( Berdasarkan Pemerhatian dan pendapat saya )

GOL KEEPER:-MANUEL ALMUNIA










Kelebihan:

- Antara keeper yang top jugakla kat BPL.
- Mempunyai refleks yang tinggi
- ‘On Air’ yang bagus
- Bagus ketika berhadapan dengan situasi ‘one by one’

Kelemahan:

- Ape yang slacknye ialah kengkadang blunder
- Konsistensi yang kurang jika dibandingkan dengan Petr Cech.


STRIKER :- ROBIN VAN PERSIE









Kelebihan :

- Seorang pemain yang bersemangat tinggi
- Tangkas,lincah dan agresif ketika melakukan serangan
- Mempunyai kaki kiri yang ‘superb’
- Mempunyai kesetiaan yang tinggi terhadap kelab
- Menjadi influence kepada pemain2 lain
- Beleh amik free kick
- Mempunyai shot power yang tinggi

Kelemahan:

- Mempunyai header yang lemah bagi seorang striker
- Senang injured

RIGHT WINGER:-THEO WALCOTT










Kelebihan :

- Mempunyai larian dan pecutan yang sangat pantas
- Mempunyai positioning yang bagus ketika receive bola untuk counter attack

Kelemahan :

- Selalu injured
- Crossing yang lemah
- Body balanced yang lemah
- Masih mentah dalam permainannya.

LEFT ATTACKING MID:- ANDREY ARSHAVIN











Kelebihan :

- Agresif ,pantas dan lincah
- Boleh mengucar ngacirkan defence lawan
- Versatile dalam posisi serangan
- Tahan lasak (boleh bermain walaupun ade minor injury)

Kelemahan :

- Trough pass yang teruk
- Lemah diudara (memiliki fizikal yang rendah)
- Tamak dalam menjaringkan gol


CENTRE MID:- ABOU DIABY










Kelebihan :
- Mempunyai body balance yang tinggi
- Mempunyai penguasaan yang baik dibahagian midfield
- Kecenderungan untuk menyerang yang bagus dibahagian tengah
- Versatile didalam posisi midfield


Kelemahan :
- Senang injured
- Sering ‘give away posession’ kerana hold bola terlalu lama
- Selalu buat silly mistakes

DEFENSIVE MID:- ALEXANDER SONG











Kelebihan :

- Keras dan solid dibahagian ‘defensive mid’
- Mempunyai fizikal yang kuat
- Tahap kecergasan yang tinggi
- Ball control yang bagus
- Bagus diudara

Kelemahan:

- Agak lembab

ATTACKING MID:- CESC FABREGAS










Kelebihan :

- Tahap permainan yang sentiasa meningkat
- Passing yang cantik dan tepat
- Ball control dan hold bola yang bagus
- Penguasaan bahagian midfield yang bagus
- Bertindak dengan bijak sebagai playmaker
- Tahap konsistensi yang tinggi

Kelemahan : None ( kalo ade sila komen)


RIGHT BACK:- BACARY SAGNA










Kelebihan :
- Mempunyai ketahanan dan fizikal yang kuat
- Semangat yang tinggi
- Tight marking terhadap pemain lawan
- Crossing yang bagus
- Mempunyai tahap konsistensi yang tinggi

Kelemahan :
- Rambut putih yang macam kepala mop

LEFT BACK:- GAEL CLICHY











Kelebihan :

- Mempunyai larian dan pecutan yang pantas
- Kecenderungan yang tinggi untuk menyerang
- Stamina yang tinggi

Kelemahan :

- Cross yang lemah dan tidak tepat
- Fizikal yang agak lemah
- Sering membuat kesilapan
- Kurang agresif dibahagian pertahanan.

CENTRE BACK:- WILLIAM GALLAS











Kelebihan :

- Clean tackle yang sangat bagus di bahagian centre back
- Kecenderungan untuk menyerang yang tinggi
- Pantas dibahagian defence
- Header yang bagus
- Jarang melakukan kesilapan dibahagian defence

Kelemahan:

- Senang emotional
- Agak longgar dalam marking pemain lawan

CENTRE BACK: -THOMAS VARMAELEN










Kelebihan:-

- Defender yang boleh menjaringkan gol melalui sepakan atau header.
- Kecenderungan untuk menyerang yang tinggi
- Pantas di bahagian defence
- Boleh adapt jadi left back
- Agresif

Kelemahan:-

- Agak longgar ketika marking pemain lawan.